Sunday, February 7, 2021

08.02.2021 BM : PRIHATINNYA KITA

 ⭐️Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Terima kasih kerjasama ibu bapa yang sentiasa membantu murid-murid. Tidak dapat membalas jasa ibu bapa sekalian. Terima kasih🌸


Harap murid-murid bersedia hari ini untuk mengikut pembelajaran 🌹


Minggu ini merupakan minggu keempat murid-murid mengikut pembelajaran secara atas talian. 


Hari : Isnin

Tarikh : 8 Februari 2021 / Isnin

Jam : 8.30 – 9.30 pagi

Mata pelajaran : BM



🌈Aktiviti hari ini:


Tajuk : UNIT 2 : PRIHATINNYA KITA

(KEMAHIRAN MENULIS)


1. Murid-murid dikehendaki untuk menonton video yang mengandungi nota yang cikgu berikan. Pastikan murid-murid habis menonton video tersebut kerana ada penerangan cikgu secara video.

KLIK DISINI


2. Setelah selesai, murid-murid perlu menyalin nota yang cikgu berikan. Cikgu berikan dalam bentuk PDF. Tidak perlu salin nota dalam video. Nota tidak perlu tangkap gambar, cikgu akan semak sewaktu buka sekolah nanti. 

KLIK DISINI

***Nota perlu disalin dalam BUKU TULIS BAHARU. Labelkan buku tersebut sebagai TATABAHASA dalam ruangan perkara.


3. Kemudian, murid boleh melengkapkan latihan dalam BUKU AKTIVITI MESRA DIGITAL BM muka surat 5. Selepas siap, murid perlu hantar gambar untuk cikgu membuat penilaian.


4.  Terdapat murid-murid yang tidak menghantar tugasan dari minggu 2. Cikgu harap murid-murid dapat menghantar tugasan untuk cikgu membuat penilaian.


5. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh mesej personal cikgu.  InsyaALLAH bertemu semula pada sesi pembelajaran minggu depan. Jaga diri murid-murid. Terima kasih.💕

No comments:

Post a Comment