⭐️Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih kerjasama ibu bapa yang sentiasa membantu murid-murid. Tidak dapat membalas jasa ibu bapa sekalian. Terima kasih🌸
Harap murid-murid bersedia hari ini untuk mengikut pembelajaran 🌹
Minggu ini merupakan minggu kelima murid-murid mengikut pembelajaran secara atas talian.
Hari : Isnin
Tarikh : 15 Februari 2021 / Isnin
Jam : 8.30 – 9.30 pagi
Mata pelajaran : BM
🌈Aktiviti hari ini:
TEMA = KEMASYARAKATAN
-TULISAN BERANGAI-
(KEMAHIRAN MENULIS)
1. Murid-murid dikehendaki untuk menonton video yang mengandungi nota yang cikgu berikan. Pastikan murid-murid habis menonton video tersebut kerana ada penerangan cikgu secara video.
2. Kemudian, murid boleh melengkapkan latihan dalam BUKU AKTIVITI MESRA DIGITAL BM muka surat 2. Selepas siap, murid perlu hantar gambar untuk cikgu membuat penilaian.
3. Terdapat murid-murid yang tidak menghantar tugasan dari minggu 2. Cikgu harap murid-murid dapat menghantar tugasan untuk cikgu membuat penilaian.
4. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh mesej personal cikgu. InsyaALLAH bertemu semula pada sesi pembelajaran minggu depan. Jaga diri murid-murid. Terima kasih.💕
No comments:
Post a Comment